INSTITUT PERKEMBANGAN MINDA (200252-X)

Memperkasa Minda Masyarakat Berwawasan

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 1437H

24 Julai 2016 (Ahad) : Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1437H telah diadakan bertempat di Laman Kayangan, Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor. Majlis ini dianjurkan dengan kerjasama Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Negeri Selangor. Majlis ini merupakan landasan terbaik dalam mengeratkan silaturahim / mengukuhkan ikatan persaudaraan sesama Islam di samping mewujudkan suasana harmoni, tenteram dan hormat menghormati dalam masyarakat berbilang kaum ibarat "bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat"

MAJLIS PELANCARAN PENERBITAN BUKU INMIND 2014


31 Oktober 2014 (Jumaat) : Majlis Pelancaran Penerbitan Buku Institut Perkembangan Minda (INMIND) telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia bertempat di Aras 3, Blok Utama, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Putra Perdana, Putrajaya. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Dalam Negeri),  YAB Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman (Menteri Besar Terengganu), YB Dato’ Seri Noh Omar (Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor), YBhg. Dato Salamon Selamat (Pengerusi Majlis Pengarah INMIND) dan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan mahupun swasta. Sebanyak tiga (3) buah buku dilancarkan pada majlis ini iaitu Manual Aplikasi Seni Peperangan Rasullullah SAW Dalam Pengurusan Organisasi, Membuat Keputusan Kaedah Islam dan Manual Penyelidikan Secara Islam