INSTITUT PERKEMBANGAN MINDA (200252-X)

Memperkasa Minda Masyarakat Berwawasan

 


Institut Perkembangan Minda (INMIND) ditubuhkan pada 29 Jun 1990 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan.


INMIND berfungsi sebagai wadah pemikir, penganalisis dan penjana solusi untuk kemaslahatan ummah. Untuk itu, INMIND giat melaksana aktiviti penyelidikan, penerbitan, pembangunan modal insan (latihan) dan pengurusan acara keilmuan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.


INMIND bertekad membangunkan minda, pengetahuan dan keupayaan masyarakat dengan menyalurkan input-input yang bernas serta kritis. Ini dilakukan melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti teras dan kerjasama strategik antara kelompok pemimpin, penjawat awam, ahli akademik, profesional, pemikir dan aktivis masyarakat.