INSTITUT PERKEMBANGAN MINDA (200252-X)

Memperkasa Minda Masyarakat Berwawasan

 

Institut Perkembangan Minda (INMIND) merupakan sebuah organisasi kumpulan pemikir yang bertekad mahu memperkasa minda dan pemikiran masyarakat. Ini dilakukan melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti keilmuan bagi memberikan pencerahan sesuatu isu dan menjana solusi untuk penyelesaian masalah ummah.

Mutiara Kata

Kata-kata Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali dalam kitabnya Bidayah al-Hidayah yang antara lain menyebutkan bahawa ilmu yang bermanfaat itu ada tujuh ciri iaitu:

  1. Yang menambahkan ketakutanmu terhadap Allah SWT
  2. Yang membuka mata hatimu kepada keaiban dirimu sendiri
  3. Yang menambah kualiti amal ibadahmu kepada Allah yang maha esa
  4. Yang mengurangkan kegemaranmu terhadap dunia
  5. Yang menambahkan kegemaranmu terhadap akhirat
  6. Yang menampakkan kepada dirimu perkara-perkara yang boleh merosakkan amal kebaikan
  7. Yang akan menjelaskan kepadamu akan tipu daya syaitan dan putar belitnya agar dapat dijauhi