INSTITUT PERKEMBANGAN MINDA (200252-X)

Memperkasa Minda Masyarakat Berwawasan

PROGRAM DAULATKAN ISLAM AGAMA NEGARA (DIAN) 


27 April 2016 - 26 Mei 2016 : Program Daulatkan Islam Agama Negara (DIAN) telah berjaya dilaksanakan sebanyak 12 siri bertempat di De Coral, Kuala Selangor dan sekolah-sekolah di Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Institut Kajian Strategik Malaysia (IKSIM), Jabatan Pelajar Selangor (JPS), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Selangor & Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam bertujuan kesedaran dan pemahaman konsep Daulat Islam Agama Negara (DIAN) yang dijalankan oleh IKSIM. Disamping itu, program ini merupakan agenda Transformasi Pemikiran Islam (TRAPI) yang bertujuan memelihara kesucian agama Islam dan sekaligus mempertahankan kedaulatan Negara.  

PROGRAM LATIHAN "MENDEPANI CABARAN AKIDAH UMAT" 


5 Februari 2015 - 28 Mei 2015 : Program Latihan "Mendepani Cabaran Akidah Umat" telah berjaya dilaksanakan sebanyak 10 siri bertempat di Grand Season Hotel Kuala Lumpur. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Murni Akidah bertujuan sebagai satu wadah untuk memberi kesedaran dan pemahaman mengenai isu-isu yang mengancam akidah umat Islam kini. 



PROGRAM "JOM KE UNIVERSITI"


26 Januari 2016 (Selasa) : Program "Jom Ke Universiti" telah diadakan di Dewan Warisan, Kompleks Warga Emas, Sekysen 24, Shah Alam, Selangor bertujuan memberi pendedahan dan galakan kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan yang masih bersekolah lagi untuk membuat pilihan melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Institut Kemahiran di dalam Malaysia. Seramai 250 orang  yang terdiri daripada para pelajar lepasan SPM dan sekolah menengah di sekitar Shah Alam iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18, Sekolah Menengah Seksyen 24 dan Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jamaah (SAMTAJ).